BAGHDAD, 13/9/2004 – Massej Online – Pejuang-pejuang Iraq telah berjaya memusnahkan 15 buah helikopter yang berada di hangarnya di Pangkalan Al-Habbaniah, bandar Ar-Ramadi dan membunuh sekurang-kurangnya 20 orang tentera Amerika di dalam dua serangan lain yang dilancarkan di ibu negara Baghdad dan bandar Al-Khalidiah yang terletak di antara Al-Fallujah dan Ar-Ramadi, seperti yang dilaporkan oleh Agensi Quds Press.
Sumber terdekat kepada para pejuang Iraq berkata kepada Quds Press pada hari Ahad 12/9/2004, "Serangan peluru perpandu yang mensasarkan Pangkalan Al-Habbaniah telah menyebabkan kemusnahan dan kerosakan 15 buah helikopter tentera Amerika di antaranya helikopter dari jenis Appache, DC5 dan C120.
Sumber itu menambah, serangan tersebut berlaku pada pagi hari Sabtu 11/9/2004 dan api masih terus menyala di Pangakalan tentera Amerika sehingga petang hari tersebut. Kejadian ini telah membantu sebahagian rakyat Iraq yang bekerja di pangkalan tersebut untuk mengetahui perincian serangan dan kemusnahan yang melanda pangkalan itu.
Menurut sumber-sumber Iraq, selepas serangan tersebut tentera Amerika telah menukarkan kesemua rakyat Iraq yang bekerja di pangkalan itu kerana mereka telah meyeludup – sepertimana dakwaan pihak Amerika – maklumat ketenteraan kepada para pejuang Iraq.
Pangkalan Al-Habbaniah itu juga sekali lagi diserang pada malam sabtu dengan mortar Hawn dan peluru perpandu RBG yang telah menyebabkan kemusnahan Depot simpanan minyak sehingga api menyala di pangkalan itu.
Pembunuhan 20 orang tentera Amerika
Pada perkembangan yang sama, para saksi berkata kepada Quds Press "Satu serangan yang mensasarkan konvoi tentera Amerika yang melalui berdekatan Al-Khalidiah di antara Al-Fallujah dan Ar-Ramadi pada petang hari Sabtu, di mana anggota-anggota tentera Amerika melihat bahan letupan di atas jalan. Sebahagian daripada mereka telah cuba mendekati bahan letupan itu dan cuba mematikannya, bagaimanapun bom itu telah ditanam secara zahir bagi menyembunyikan bahan letupan lain yang lebih kuat di bawahnya yang telah meletupkan tentera Amerika dan membunuh sebahagian daripada mereka.
Letupan tersebut diikuti – menurut para saksi – dengan serangan bertubi-tubi menggunakan senjata pertengahan dan ringan yang telah menyebabkan kemusnahan dua buah kenderaan Hamfy dan membunuh kesemua yang berada di dalamnya, bilangan tentera Amerika yang terbunuh mencapai sehingga 14 orang termasuk kecederaan beberapa orang yang lain. Tentera Amerika juga bertempur dengan pejuang Iraq dan helikopter Amerika terbang berlegar di atas tempat kejadian dan kesemua jalan-jalan yang menuju ke tempat letupan telah ditutup.
Manakala di Baghdad 3 orang tentera Amerika terbunuh di dalam satu perangkap bom yang mensasarkan konvoi tentera Amerika yang berjalan berdekatan Pusat pasar di Hayyu Al-Amil pada hari Ahad dan telah menyebabkan kerosakan dua buah kereta Hamer.
Konvoi tentera Amerika di kawasan As-Saidiyyah juga diserang hendap dengan peluru perpandu yang mensasarkan kereta kebal Amerika dari jenis Abraham. Serangan tersebut telah menyebabkan kemusnahan kereta kebal Amerika sepenuhnya dan 3 orang anak kabin di dalamnya. Serangan ini mendorong tentera Amerika melepaskan tembakan secara rambang ke arah sebahagian kereta yang berdekatan dengan tempat serangan dan menyebabkan kerosakan sebahagian daripadanya.
Serangan ini dilancarkan pada ketika bandar-bandar Iraq menyaksikan peningkatan besar serangan oleh pejuang-pejuang Iraq, terutamanya di kawasan-kawasan tengah dan barat Iraq di mana tempat aktifnya para pejuang Iraq.
Serangan Dahsyat
Kompleks Amerika di kawasan Al-Kahdra' yang terletak di pinggir utara Baghdad telah diserang yang dianggap sebagai di antara serangan yang dahsyat semenjak sekian lama di mana roket-roket hawn menghujani kompleks tersebut melebih sejam.
Menurut para saksi, serangan itu dilancarkan sekitar jam 5 pagi (waktu tempatan) hari Ahad ketika lebih 20 roket Hawn digugurkan ke atas kawasan al-khadra'. Kepulan-kepulan asap kelihatan naik dari tempat kejadian. Bunyi siren ambulens juga kedengaran bergegas menuju ke tempat kejadian, manakala helikopter Amerika berlegar di ruang udara Baghdad.
Menurut perakuan para saksi, suasana panik menguasai tentera Amerika yang tidak menyangka serangan yang sebegitu dahsyat.
Kawasan Al-Khadra mengandungi bangunan dan ibu pejabat Kerajaan Iraq yang ditentukan di bawah penyeliaan Washington, dan juga terdapat ibu pejabat- ibu pejabat kedutaan asing di antaranya kedutaan Amerika dan Britain di samping Markas tentera Amerika.
Kiriman: Abu_Eizzat pada Isnin, 13 September, 2004 - 02:13 PM EST
Friday, September 24, 2004
Saturday, September 18, 2004
Rindu adik manis..:)
Assalamualakum warahmatullhiwabarakatuh.... Alhamdulillah sekali lagi kita dapat hirup udara pagi yang segar...
Semalam lepas cuci gambar, tengok2 gambar family angkat.. rindu kat adik Fathihah.. call umah mama, adik yang jawab phone.. suara dia baru lepas nangis.. mama bagi tau yang adik Fathihah nangis masa makan malam.. sebab rindu kami semua.. adik, sabar ye, akak akan poskan gambar kita.. ( suka tengok gambar muka adik penuh dengan tepung masa sukan..) rasa nak cakap dgn mama dan adik setiap malam.. rindu dengan suara adik Fathihah...

Friday, September 17, 2004
Sepekan di kampung Ujong Bukit..
Assalammualaikum wbt..
Alhamdulillah dlm pkl 1 pagi tadi selamat sampai di MMU Cyberjaya. Pengalaman di kampung tidak akan dilupakan walaupun hanya seminggu berada di sana..
Hari Pertama (20.9.2004)
Bertolak ke Perlis dlm pkl 4 ptg.
Perjalanan lancar.. 2 buah bas bertolak. kami singgah di RNR Tapah dan Sg Perak utk solat dan rehat. Akhir sekali brkumpul di RNR Gurun, Kedah. Sepanjang perjalanan, exited gak lalu kat dlm terowong, gua batu kapur,sibuk jadi tour guide kat member2 yg tak pernah sampai kat Perak.. khususnya org2 Johor :D hehe.. pkl 12.02 am bas kami sampai di Gurun, bas2 lain dan staff.
Hari Kedua(21.9.2004)
Sesudah Subuh, kami bertolak ke Perlis bersama2 semuanya 3 buah bas, sebuah kereta dan sebuah pajero. semuanya dah bersiap sedia.. masing2 cuak jugak.. camana lah agaknya keluarga angkat baru nanti agaknya... :D hati berdebar tidak terkata..;)
Indah pandangan hijau bendang,
Perlis indah negeri kayangan,
dari jauh kami berdagang,
membawa bersama seribu harapan..
pkl 8.30 am, kami sampai di Kg Ujong Bukit, daerah Bintong... tiga buah bas telah sampai di tepi lorong masuk ke Kg Ujong Bukit.. Beg kami dimasukkan ke dlm kereta penduduk kampung untuk diangkut ke dewan. Kami terpaksa berjalan jauh ke dewan merentas bendang..
Upacara penyerahan anak angkat dijalankan sebuah keluarga menerima 4 hingga 6 orang pelajar... makan pagi dan semua pelajar ikut ibu bapa angkat balik ke rumah masing-masing..
Alhamdulillah saya bersama 3 orang pelajar lagi (eliya, jijah dan adila) di kurniakan kepada keluarga yang baik.. mama saja yang datang sebab abah tengah keja..kami amik adik Fathihah balik dari tusyen pastu baru balik ke rumah.. adik Fathihah waktu pertama kali jumpa, punya la pemalu.. bila dah balik rumah, dia pun dah tak segan sangat.. sampaikan kami tak terlayan dia.. suka sangat usik kami semua..tu semua kenangan yang tak dapat kami lupakan hingga ke saat ini... pukul 3 petang kami berkumpul di dewan semula selepas makan tengahari di rumah.( akan bersambung...;) )

Subscribe to:
Posts (Atom)